Sekarang saya berada di kuantan kerana saya sedang bercuti. hehehe. On 9th jan, saya sampai di rumah lebih kurang pukul 10 malam. On 10th jan, bergerak ke kemaman untuk melawat tokki yang keadaan kesihatannya kurang memberangsangkan semenjak dua menjak ni. So me just amik baju sehelai dua from my bag and masukkan dalam beg galas. Tak sempat nak kemas baju lagi. ehhehe. Acik and nwar follow sekali kerana ayah cik ada meeting on that day, so tak boleh nak join.
Sampai di kemaman, disambut oleh tokki dan saya melihat tokki sangat gembira dengan kehadiran cucu2 dan anak2 nya. Kegembiraannya jelas terpancar di raut wajahnya yang telah dimamah usia itu. DAn bermula lah hiruk pikuk di rumah tokki. Keadaan itu adalah perkara biasa apabila kami2 berjumpa. Me bergerak ke dapur mencari tokwan. Dan guess what, tokwan tengah menukang kat dapur. ngeh ngeh ngeh. Buat perangkap tikus katanya. Ganah sungguh tokwan ku. Dengan tukul dan paku di tangan sambil bersila. hehehe. Then me pergi depan betau abah, tokwan menukang kat dapur, abah and tokki gelak jer.
Selepas itu kami berkumpul di dapur, tempat lepak yang paling akan bizi apabila sedara mara balik. 24 hour open. hhehe.. itu baru kami2 balik, kalo lagi ramai sedara mara balik, maka akan lagi meriah keadaan nya. heheh. Abah cakap kalo ader kat dapur tokwan macam kat kantin kerana suasana yang sgt bising. Tapi seronok. Yela dah lama tak berjumpa. Even yang jumpa tiap2 hari pun sentiasa ada cerita. Me bercerita dengan ciklah. hehe..sudah lama kami tidak bergosip dan bergelak ketawa. Seronok sgt.
Melihat keadaan tokki yang gembira, terdetik di hati saya, betapa kehadiran org yang tersayang dalam hidup sgt penting. Saya faham dengan kesunyian yang mungkin di rasai oleh tokki and tokwan. Tetapi masing2 mempunyai tanggungjawab masing2. Saya sentiasa berpesan kepada diri saya sendiri, walau sesibuk mana pun saya, sentiasalah luangkan sedikit masa untuk ibu bapa. Sekurang2 nya telefon. Apabila melalui usia tua, pastinya kesunyian akan terasa kerana anak2 sudah mempunyai keluarga dan tangungjawab masing2.Tetapi sebagai anak,jangan kita lupa tanggungjawab kita terhadap mereka. Dan bagi saya sendiri sebagai seorang anak, apabila mendengar suara ibu bapa, segala keresahan dan masalah di dlm jiwa bagaikan hilang. Saya percaya jika diizinkan tuhan, saya juga akan melalui apa yang mereka lalui dan saya sentiasa cuba meletakka diri saya di tempat mereka supaya saya lebih faham dan sentiasa ingat tentang tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa mereka.Sebagai renungan bersama.
Tokki menceritakan bahawa dia sentiasa melihat gambar Damia yang berada di dalam handphonenya lantas menunjukkan photo yang sentiasa ditatapnya untuk mengubat kerinduan teradap cucunya itu. Hem hem semek Mea, tokki sentiasa rindu kan kamu. hhehehe. Special tuh..
Sedikit tentang insan yang bernama Long Hassan dari kaca mata saya. Tokki ada lah seorang yang sangat teliti dan eermhh org kata protokol eh. hehe.. Waktu makan kener makan betul2, and tempat duduk tokki jangan ada org duduk. And kami cucu dilarang membuang sampah merata2. Jangan ada cucu2 yang bermain dengan barang2 tokki, meyelerakkan tempat nya bekerja, meminjam barang2 nya tetapi tak letakkan di tempat yang sepatutnya.Kami memang tak berani nak sentuh barang2 tokki.
Tokki suka menceritakan tentang sejarah asal usulnya dan yang terbaru, tokki sedang mengusahakn salah silah keluarganya. Mungkin mengupdatekannya setelah keluarga semakin bertambah dengan kehadiran cucu dan menantu. Mengapa saya katakan bahawa beliau seorang yang sangat teliti, kerana tokki akan mencatit event2 yang penting di dalam buku beliau contohnya seperti tarikh lahir anak2 dan cucunya ikut bulan omputih and bulan islam, pukul berapa, hari apa dan berbagai2 lagi. Saya pernah melihat buku itu dan sentiasa merujuk kepada tokki untuk mengetahui trikh dan bulan kelahiran saya dlm islam. Tokki pandai melukis. Saya pernah melihat lukisannya. Sangat cantik.
Tentang "angin" nya yang memang menggerunkan semua, dimana "angin" itu terdapat dlm setiap anak2 nya. ngeh ngeh ngeh. Jangan mare..:P
Masih jelas di dlm ingatan saya, di mana pada suatu masa dahulu, saya makan malam bersama tokki and tokwan di kemaman, kemudian tokki mengamuk kerana certain thing[tak perlu saya ceritakan. yang penting bukan dsebabkn oleh saya. saya cucu yang baik ok.ehhehehe] then tokki terus keluar. Terdengar bunyi pintu dihempas dari dapur. dan saya di dapur mendengar bebelan tokwan sambil membatukan diri. Sketika kemudian, tokki datang ke dapur dan mengeluarkan sesuatu dari poket baju melayunya lantas meletakkan barang itu di depan saya. Saya tersengih melihat selonggok gula2 yang dibeli oleh tokki ketika dier keluar. ehehehe. Dan tokki juga tersengih melihat saya. Perkara itu sampai sekarang saya ingat walaupun sudah lama perkara itu berlalu. Dulu saya sentiasa menghabiskan masa saya di rumah tokki. Pantang cuti sekolah, pastinya saya akan melepak di rumah tokki. Jadi saya dapat menilai dan melihat sendiri certain2 perangai tokki.
Saya kira cucu2 tokki yang baru2 ni, lebih bertuah kerana tokki tidak segarang dlu. ehehehe.. Mereka tidak berpeluang melihat ke"mussangngang"tokki. hehehe.[hanya mereka yang memahami akan mengerti. he he he]. Saya seronok dan berbangga kerana saya berada di kalangan keluarga Long Hassan.
Bagi saya keluarga itu penting dan saya pastinya akan meletakkan family di tempat paling atas sebelum saya melakukan dan membuat sesuatu keputusan. Meraka yang sentiasa memahami kita walau macam mana pun kita. Mungkin dulu saya tidak memahami certain2 perkara yang berlaku terhadap saya, tetapi setelah usia semakin meningkat seiring dengan kematangan akal fikiran, saya mula cba memahami dan mengangggap semua itu adalah pengalaman untuk saya lebih menghargai keluarga saya.
Biar ada mereka yang memanggil saya anak manja, anak mak, pantang cuti mesti nak balik, suara mereka tidak sedikit pun memberi impak terhadap diri saya dan adakah mereka penting dalam hidup saya? tidak. Dan mengapa perlu saya kisah?
Sedikit panjang entri saya kali ini. hehehe.. Sekadar berkongsi pengalaman dan pandangan dari saya yang tidak seberapa ini. Masih banyak yang perlu saya belajar dalam hidup ini dan maafkan saya sekiranya saya menyinggung mana2 pihak kerana yang buruk itu semuanya dtg dari saya dan yang baik2 sudah pasti semuanya datang dari Allah swt.
What's up
7 months ago

2 comments:
best baca entri angah ni, tau dah tabiat meccok ni ikut sape he3...
heheeh.. heemm..
jawapannyer adalah??
hhahah..
hanya yang mengetahui memahami..
ngeh ngeh ngeh
Post a Comment