Pada harini tepat pukul 11 pagi tamatlah sudah perjuangan saya di medan peperiksann untuk semester akhir tahun dua. Selepas abis exam, saya bergerak ke din's cafe. Ya, saya sgt suka dgn nasi ayam kunyit dier. Owh sgt sedap. He he he. Dan on the way to din's cafe, jumpa my classmate, tanya sedikit sebanyak and dia memberikan reaksi yang pelik apabila saya menjawab, "ya, sy seorang". Mungkin agak pelik untuk sesetengah orang kerana saya pergi makan and membeli makanan seorang diri. Hemh saya tak rasa pelik sebab dah biasa. Selalu jer sorang2. He he he. Sebelum itu, saya juga berjalan seiring dengan my fren Jazmi yang exam nya baru start hari ni. Hemm.. Selamat berjuang diucapkan.
Menguak daun pintu, keadaan sgt sunyi sepi. Ya sebelum ini pun tinggal kami bertiga sahaja. Dan siang2 hanya 2 orang sahaja since sorang lagi pergi kerja, tapi takder la sunyi sepi sgt. Kami mmg sukabuat bising. ha ha ha. Sebelum ini juga, saya akan disambut oleh kak dila yang sentiasa mengacau saya kerana exam dia dah abis on 5th january lagi. hak hak hak. Kami akan lunch bersama dan lepaking until petang. ha ha ha. Tapi hari ini, tiada siapa yang menyambut, tiada teman untuk makan tgh hari bersama kerana mereka-kak ja and kak dila bergerak ke kuala lumpur pada pukul 9 lebih2 pagi tadi. herm... sunyi jer keadaan.
Me berkemas2 apa yang patut. Buang sampah and kemas umah. Then buka balutan hadiah yang diberikan kepada saya sebelum saya pergi exam. Saya sangat suka dengan hadiah itu dan saya sangat terharu. Terima kasih yer my dear sistas. Pantas saya mencapai phone and message mereka berdua mengucapkan terima kasih di atas hadiah itu. Patut la hari tu waktu saya nak beli mender tu kamu2 semua tak bagi yer. Memberikan reaksi yang negative. Tak nak bagi saya belik. Rupanya ada udang di sebalik batu. hehehe. Walaupun bitrhday saya masih belum sampai masanya, tapi mereka cakap kena bagi dlu, sbb waktu tu cuti sem. he he he. Anyway, tenkiu so much. Sayang kamu berdua.
Saya memilih untuk tidak berbicara soal exam kerana saya takder mood... hahaha... owh yer semalam selepas exam malaysian studies, me, fia, nana, shira, vincent, tdr and sorang lagi member vincent, kimi if im not mistaken keluar makan2 bersama.Me, fia and vincent still ada one more paper tapi takperla, still enjoy. ha ha ha. And gud luck to both of them yang last paper mereka hari esok[10th jan] petang. Semoga berjaya. Dan selamat bercuti diucapkan. This sem me rasa sgt happy because of them. And insyaAllah kita jumpa lagi sem depan[walau dah takder kelas sama].
Dan sementara menuggu zohor, saya mengambil kesempatan utk mencoret dan menceloteh di dlm blog ini. Sebentar lagi saya akan bersiap2 untuk ke melaka sentral. Saya kene keluar awal kerana saya perlu tunggu bas tambang utk ke melaka sentral. Semoga di permudah kan segala urusan saya dan perjalanan saya juga dipermudahkan.Amin.
Sehingga kita berjumpa lagi insyaAllah di lain waktu. Illalliqo' wa maassalamah.
What's up
2 months ago

0 comments:
Post a Comment