Dalam kesibukan mencari ilmu duniawi, seringkali manusia tidak mengendahkan malah memandang enteng tentang ilmu ukhrawi. Baru-baru ini, saya menghadiri satu talk yang disampaikan oleh pensyarah uia[tak ingat la nama..boleh tak?? adeh, muda2 dah pelupa!]. Pada mulanya kehadiran saya disitu adalah kerana hal lain[sebab tu tak ingat nama pensyarah tu kot. haih] tetapi setelah saya berada di dalam majlis ilmu sebegitu dan mendengar isi kandungan yang dibentangkan dgn gaya bersahaja dan sangat menarik, saya terfikir dan berasa sangat bersalah dan tidak terlalu ekstrem jika saya katakan terasa berdosa. Lantas saya muhasabah diri, dan berfikir sejenak tentang niat sebenar,dan saya beristighfar. Dalam menjalani hidup ini, terlalu banyak kepincangan yang dirasakan dan perasaan ingin berubah itu ada, tetapi kadang2 saya lalai dan jatuh di tgh jalan.
Intipati talk itu membuatkan saya terfikir tentang tujuan hidup, tentang kasih sayang Allah s.wt. terhadap hamba-Nya. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Begitu juga dgn hubungan kita dengan Allah. Untuk mencintai Allah, kita perlu mengenal Allah. Bagaimana caranya mengenal Allah? Kenali diri sendiri dan muhasabah diri. Setiap yang kita kata kita miliki sebenarnya adalah milik Allah. Kita mempunyai ibu bapa. Tetapi mereka adalah milik Allah. Bila2 masa Dia berhak mengambil hak-Nya kembali. Kita mempunyai tubuh badan yang sihat, bila2 masa Allah berhak menarik nikmat itu dari kita. Bagaimana pula dengan cinta pandang pertama?? [Maafkan diri ini, tetapi ini adalah sedikit ilmu yang saya peroleh daripada talk tersbut, dan wajar sekiranya saya berkongsi ilmu yang saya peroleh].. mengikut pandangan ulama', cinta pandang pertama adalah cinta nafsu. Masakan kita tidak mengenali seseorang itu, kita boleh ada perasaan cinta[memetik apa yang dikatakan oleh pensyarah uia itu]-[sekadar berkongsi ilmu]
Seringkali kita melafazkan "kalau dah usaha macam mana pun, dah takder rezeki kita, takde juga". Tetapi apabila kita renungkan kembali, benarkah? Saya tidak cukup ilmu untuk bercakap mengenai qada dan qadar, tetapi telah termaktub bahawa sesiapa yang berusaha akan memperoleh hasilnya-man jada wa jada- mengapa kita perlu mempertikaikan lagi? Baiklah, jikalau kita katakan kita sudah berusaha sedaya upaya, tetapi kita masih gagal, kita fikirkan, mengapa perkara itu berlaku? Mungkinkah kita membuat sesuatu yang dilarang? Adakah dalam proses mencapai kjayaan itu, kita telah melupakan dan mengendahkan suruhan Allah? Adakah dalam proses mencapai kecemerlangan itu, kita lalai dan sanggup tidak mengendahkan usaha menegakkan agama Allah? Sesiapa yang menolong agama Allah, Allah akan menolong nya [maafkan sekiranya tidak betul, dan mohon diperbetulkan] Sejauh mana usaha kita betul2 kerana Allah? Paling mudah, and as a student, belajar. Apakah tujuan kita belajar? Kerana nak jadi engineer? Kerana nak jadi doktor? Kerana nak jadi kaya? Sekiranya dalam proses kita mengejar impian itu, nyawa kita tuhan ambil.. adakah tercapai impian kita? Belajar kerana Allah, jikalau meninggal, kita masih mendapat pahala, dan insyaAllah, ada reward yang akan menanti.
Pasti ada yang mengatakan, tanpa cita2 itu, kita tidak akan berusaha bersungguh2. Tanpa cita2 kita tiada arah tujuan. Ya, pada pandangan saya, statement ini tidak salah, tetapi masih boleh dipertikaikan. Apa yang penting [kerjasama.. wonder pets.. adeehh-sempat lagi] kita perlu berbalik semula kepada persoalan-apa matlamat hidup? mengapa kita dijadikan? .Adakah jika kita meletakkan tujuan utama kita belajar adalah semata2 kerana Allah, kita akan terumbang ambing? Adakah jika kita meletakkan untuk mendapat keberkatan dari Allah sebagai tujuan utama, kita tidak akan berjaya?? Apabila kita lakukan apa yang ingin kita lakukan kerana Allah, maka ia akan bertindak sebagai satu guide atau platform untuk kita mencapai impian kita dengan cara yang diredhai Allah. Maka batas2 dan adab2 sebagai seorg Islam masih terjaga dan terpelihara. Sudah tentu, dalam proses itu, pasti akan ada ujian dan dugaan, maka di situlah terujinya keimanan kita. Saya tidak menuding jari kepada sesiapa, tetapi lebih kepada diri sendiri. Ya benar, saya pernah beranggapan seperti yang saya katakan di atas, "jika sudah tiada rezeki, buat macam mana pun still kita takkan dapat".. Tetapi alhamdulillah, dalam kelas modern muslim, saya mendapat satu hujah yang cukup bagi saya mengubah cara pemikiran saya.
Seringkali juga terlintas di fikiran saya, "dia perangai macam tu pun, selalu dapat cemerlang".. dan saya mendapat jawapan terhadap persoalan saya itu. Perkara itu merupakan nikmat yang Allah bagi [dia ada satu term dalam bahasa arab, tapi saya tak pasti la bagaimana cara sebutan dan ejaan nya] tetapi menyebab kan manusia semakin jauh dari Allah, dan akhirnya Allah mengambil nyawanya tanpa sempat manusia bertaubat. Itulah yang dikatakan kasih sayang Allah, ujian Allah, tetapi atas manusia itu sendiri samada menghargai dan menyedarinya atau tidak. Teringat satu ayat, lebih kurang begini bunyinya, "jangan engkau lupa terhadap Allah sehingga Allah menjadikan kamu lupa diri, maka pada waktu itu, tiada siapa yang dapat menolong kamu" [sekiranya silap, mohon diperbetulkan].
Apabila berlaku sesuatu perkara yang kita rasakan tidak patut berlaku terhadap kita, wajarkah kita menuding jari terhadap org lain? atau adakah kita perlu menuding jari terhadap diri kita sendiri dahulu sebelum menyalah kan orang lain? Mengaku diri sendiri bersalah adalah satu perkara yang tidak mudah-kerana manusia mempunyai ego-[saya tidak mengatakan ianya boleh digunakan sebagai alasan untuk tidak mengaku kesalahan] Tetapi, wajarkah kita menyalahkan takdir atau dengan kata lain, meletakkan kesalahan terhadap Pencipta kita? Sama2 kita fikirkan.
Kadang2 manusia menggunakan alasan mencari pengalaman sebagai satu landasan untuk menghalalkan hukum dan memblehkan apa yang tidak boleh[saya tidak terkecuali] tetapi saya terfikir, bagaimana sekiranya dalam proses mencari pengalaman itu, kita diambil nyawa? Apakah confirmation bahawa alasan itu membantu kita di akhirat kelak? Nauzubillahiminzalik.
Sekadar berkongsi pendapat dan ilmu yang tak seberapa ini. Diri sendiri masih belum cukup kuat untuk menempis dugaan2 hidup, dan masih memerlukan bimbingan. Segala yang buruk, datang dari saya sendiri, dan yang baik tentunya dari Dia yang Berkuasa. Wallahualam.
Memetik kata2 seorang sahabat-"memaksa diri untuk berubah, bukan menunggu keadaan untuk mengubah diri". Sama2 kita fikirkan.
What's up
7 months ago

2 comments:
Ehehe~ Apa yang penting? Kerjasameeeeeeeee~~ This is sewious~ haha..Lav it! Masakan kamoo lupa nama itu lecturer wahai Naddy Ku sayaaaanG~ klu tdk...buleh jgk Ku kirimkn salam padanyaa haha.. Haaaiiiiihh~ ;p
Hv a nice day ya!
ahhaha..tulah...selalu dgr nwa duk nyanyi..
eermhh.. serius tak ingat la dear..
huhuhu
nntla..try usha2 balik..
dier cakap dier ajar dak2 medical engineering..
or something like engineering...
and medic... or..both..
and... also.. some islamic subjects..
parenting..or.. related to family something..
hhehehe..
nnt i try usha2 key..
hav a nice day too...:D
Post a Comment