Kehilangan... satu perkataan yang menggambarkan satu perasaan dimana ianya tidak dapat digambar kan dengan kata-kata. Kehilangan adalah satu perkara yang menyedihkan..
Pernahkah aku merasa kehilangan??? heemm... pernah.. dan ianya satu perkara yang mmg tidak dapat dielakkan... Sedih?? of course... biler dgr about it.. i know that things will never be the same again.. somehow trying not to think about it... but... its not that easy..
Aku mengambil masa agak lama untuk menerima hakikat... and aku cuba untuk tidak bercakap malah memikirkan tentang itu. Tapi... sooner or later... perkara itu akan tetap terjadi... dan sedikit sebanyak aku cuba menerima dan berlakon seolah tiada apa yang berlaku... Kenapa?? kerana thats wat life is all about... bertemu dan berpisah...
Aku tau tidak adil bagi aku untuk bersedih di atas perkara yang menggembirakan pihak lain.. dan aku tau.. aku tiada hak untuk menghalang sesuatu dari berlaku ... kerana... seperti yang aku katakan...itulah kehidupan... pada mulanya.. aku akui.. aku agak terkejut ...and mmg takkan ader org akan faham perasaan aku waktu itu... dan aku tau.. pasti ada yang mengatakan.. kenapa aku perlu bersedih?? bukankah sepatutnya aku bergembira??? tidak adil bagi dirinya jika aku bersedih?? mengapa perlu ada perasaan sedih??
Hemm agak sukar untuk meluahkan bahawa aku gembira.. selfish kah aku?? childish kah aku?? patutkah aku?? The clock is ticking.. and suatu hari nanti perkara itu akan terjadi..aku tahu aku tiada hak.. cuma perasaan kehilangan itu tidak dapat aku tangkis dari hati... semakin waktu itu akan tiba.. semakin aku terasa kehilangan yang aku akan lalui..
Apabila pada suatu masa, kita mempunyai sesorang untuk bergelak ketawa, bercerita, bersedih, berkongsi rahsia dan bergossip [ahaks..] .. kehilangan pasti akan terasa apabila semua itu tak mungkin kita lakukan lagi... yup.mungkin kita masih boleh berkongsi cerita.. tapi yang pasti... things will never be the same again...
Setiap dari kita pasti akan melaluinya, insyaAllah sekiranya diizinkan Allah dan dipanjangkan usia.. dan sudah tentu kita mengharapkan dan mendoakan perkara yang baik-baik sahaja.. walau perasaan sedih akan kehilangan begitu kuat terasa, tetapi kegembiraan tetap terpancar..sudah pasti nya aku akan mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup untuk dirinya... semoga setiap dari kita mendapat kekuatan dalam menghadapi dan menjalani kehidupan akan datang walau kehidupan kita pastinya akan berbeza... amin.
What's up
7 months ago

2 comments:
Amiiiiiiiiiin~ InshaAllah~ :)
amin..:)
Post a Comment