Saturday, April 19, 2008

positive thinking

Be positive. Something that is easy to say but not easy to implement. Or in other word to apply it is not as easy as we say it. Eermhh.. I believe that everything always happened for a reason. Setiap yang berlaku ke atas diri manusia adalah balasan ALLAH kepada makhluknya di atas setiap perbuatannya tidak kira samada baik atau pun buruk. Tuhan itu maha adil. Kita sebagai hambaNya perlu tabah dan sabar dalam menghadapi apa yang berlaku kepada kita.

Berbalik kepada main topic. Positive thinking. Kenapa aku katakan bahawa untuk mempraktikkan tak semudah yang kita sangka. Aku percaya bila kawan2 kita ader mengalami masalah atau berduka cita, kita akan cuba sedaya upaya untuk menenangkan mereka. And tanpa kiter sedar, kiter sebenarnyer menyuruh mereka supaya berpikiran positif cumer sometimes we do it indirectly. Bila aku sendiri mengadapi saat2 yg sukar dalam kehidupan seharian, kadang2 aku tewas dengan emosi aku sendiri. Kenapa aku tidak positifkan fikiran aku. Bukan kah kuasa minda itu sgt kuat. The power of mind.Kalau tak takkan la ada lagu “jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan”. Kat dlm lirik lagu nir sendiri ada memberitahu kita bahawa kalau kita set minda kita bahawa kita boleh, then kita akan boleh. . If we think that what was happened to us merupakan satu ujian dari Allah and take it positively, then kita akan menerima kejadian itu sebagai pengajaran kepada kita.

Walau sesedih mana pun perkara yang berlaku ke atas kita, kalau kita sabar and tell ourselves that every cloud has a silver lining, so kita akan lebih tabah menghadapi hari2 yang sukar. Dan sebagai umat islam, jgn la kita lupa bahawa kita ada Allah. Biasakan diri mengadu kepada Allah, insyaAllah hati akan menjadi tenang. Bukan ker ada ayat dlm al-quran yang setelah ditranslatekan maksud dia “ dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”. At the end of the day, kita akan pulang kepada-Nya, jadi sentiasalah mengingati-Nya.

Memetik kepada apa yang dikatakan oleh Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, apabila kita dilanda musibah atau berduka cita ada 3 perkara yang perlu kita lakukan. Yang pertama, sebutla innanillahiwainnailaihirojiun. Dengan membaca ini, Allah akan merawat hati kita. Yang kedua, berdoa dengan mengatakan bahawa, “Ya Allah, aku redha dgn apa yang berlaku ke atas aku” dan yang ketiga, berdoa mudah2 an Allah menggantikan dengan perkara yang lebih baik.

Ujian yang Allah turunkan kepada kita ada tujuan. Aku sekadar berkongsi ilmu yang aku dengar dari ustaz2. Yang pertama adalah untuk memberi pengajaran kepada manusia. Manusia kadang2 tidak sedar bahawa mereka melakukan dosa, maka Allah turunkan kepada mereka ujian supaya mereka sedar dan beringat. Betapa Allah itu maha penyayang kepada hamba2-Nya. Yang ke2, kita selalu berdoa kepada Allah supaya dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhkan dari neraka. Allahumma inna nas aluka ridhokawal jannah, wanau’ zubika min sakhoti ka wannar. Tapi amalan kita tidak mencukupi untuk kita dimasukkan kedalam syurga, maka Allah turunkan ujian kepada kita untuk membolehkan kita dimasukkan kedlm syurga. Dan hendaklah kita sabar dgn ujian2 tersebut. Yang ke3, Allah menguji sejauh mana ketaqwan kita kepada-Nya. Yang ke4, Allah ingin meninggikan darjat sesorng. Contoh, kenapa Allah memberikan ujian yang maha hebat kepada nabi Allah , dimana nabi Allah itu di uji dgn penyakit kulit yang amat teruk, badannya berulat. Kenapa? Kerana Allah ingin meninggikan darjat nabi Allah itu.

Allah akan membantu hamba-Nya yang bertaqwa. Wa mayyattaqillah hayyaj a’llahu makhroja. Allah akan menyediakan jalan keluar kepada hamba2-Nya yang bertaqwa. Sentiasalah berserah , memohon pertlongan dari-Nya setiap kali di landa masalah. Kalau kita tidak lupakan Allah, Allah tidak akan melupakan kita. Sentiasalah amalkan “ la ilahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolomin” setiap kali dilanda kesusahan atau musibah. Betulkan sekiranya aku tersilap.

Memetik sedikit lirik dari lagu kehidupan.

“ Jangan difikir derita akan berpanjangan, kelak akan membawa putus asa pada tuhan.
Ingat lah biasanya kabus tak berpanjangan, setelah kabus berlalu, pasti cerah kembali.
Ujian adalah tarbiyyah dari Allah.
Apakah kita akan sabar, ataupun sebaliknya.
Kesenangan yang datang selepas kesusahan, semua adalah nikmat dari tuhan”

Peringatan kepada diri sendiri. Maafkan diri ini sekiranya ada tersilap dan salah dalam berkongsi pendapat dan ilmu yang tak berapa banyak. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Wallahua’alam.

3 comments:

kaSyahZ said...

thats wut i oways try 2 be...is it??huhuhu...we oways talk bout +ve..rite??many things can change ble kte +ve dlm hdup...dr segi islam nye kte tau pe yg blaku ade sbb musabab nye yg da dtentukan-NYA...so...i agree laa with ur blog ni..topic kli ni...kite smue sbnarnye mmpu untk pkr +ve..cume biase laa..manusia..ble tbe2 blaku ssuatu..1,2 mnit prtame kte xmmpu untk waraskan pkiran..da 3,4 mnit kmudian..insyaAllah ok..:)

p/s...>>>Just get ready 2 make a fresh start & leave d past behind u

kaSyahZ said...

ps>>>~lagu yg prlu ddngar ble tgh brduka..dtimpe ssuatu ujian...:)

.::.PeaNuT.::. said...

:)yup.. u are right..
kita sentiasa membincangkan tentang perkara ini..
and banyak perkara yang berlaku ke atas diri saya lately membuatkan saya berfikir...
dan terus berfikir...
dan akhirnya...
alhamdulillah..
semakin matang dlm mengontrol emosi dan pemikiran...cuma...
..kadang2 kita tak berfikiran waras...
biler something bad happened to us..
tapi macam yang kakja kata...
lepas muhasabah diri..everything is gonna be ok..

nway.. tenk for ur comment..
n for ur time.. :)