Monday, August 23, 2010

Rindu

sudah masuk 13 hari kiter semua berpuasa
tiba-tiba teringat kenangan berpuasa di bumi melaka
di bumi ixora
di bumi mmu
rindu sangat.

kalau last kelas pkul 6.30 petang, akan stret to bazar ramadhan
tapi pergi ber4 itu wajib
malamnya pula pergi terawih bersama-sama
bergaduh siapa perlu masuk bilik air dulu
kadang2 kami solat isyak di rumah
kerana perjalanan dari ixora ker masjid mmu
boleh tahan jugak jaraknya
kami jalan kaki jer

di masjid, berbagai ragam boleh jumpa
ada yang tengah solat, selamba bukak belitan tudung
pastu belit2 balik
ada yang anak datang mengacau, boleh angkat anak taruk tepi
and sambung solat
yerla, masing2 mempunyai mazhab tersendiri

kalau di masjid mmu, imamnya tidak pernah org melayu-islam
tertanya2 jugak
tapi seronok, bacaanya mashaAllah, menyentuh kalbu
walau kadang2 tersengguk sebab panjang sangat

kadang2 kami solat tarawih berjemaah di ruang tamu
rumah kami
lepastu masing2 dalam sarang masing2.
biasanya musim final exam

waktu subuh, memang dengar setiap bacaan di masjid
syahdu sungguh

dan sekarang
semuanya sudah menjalani kehidupan masing masing
entah bila ada masa untuk bersama bersua muka

kenangan. semua tersimpan kemas dan rapi
dalam hati. insyaAllah sampai mati

so those yang still students
live ur life as a student
enjoy the moment
coz one day ur gonna miss it so damn much
trust me

0 comments: