Sunday, July 25, 2010

Asap.

Semalam fogging lagi.
Cuma bezanya, bukan lagi squidward yang buat announcement.
Mungkin Mr.Crab marah buat kerja sambilan.
Mungkin.

Kaw. perumahan ini telah dilanda wabak denggi.
Jadi asap berbau itu dah jadi member kami2.
Terima kasih pejabat kesihatan.
Saya sangat appreciate.
Betul.
Tak tipu.

Tapi ada mender yang ingin diluahkan.

Yang pertama sekali ingin aku luahkan:

Encik pegawai kesihatan.
Aku akan berikan sepenuh kerjasama dengan membuka pintu pagar rumah
Dan pintu utama rumah
KALAU, ulang lagi sekali,
kalau,
lepas sembur mender berasap berminyak tu,
kau tolong mopkan the whole rumah,
yang licin bagaikan luncur atas ais,
walaupun aku tak pernah main luncura ais,
tolong basuh semua seliper, sandles yang berminyak,
tolong lap almari2 yang berminyak.
Then, aku bagi kerjasama seperti yang kau pinta.

Setakat ni, aku hanya mengikut arahan supaya tidak berada di dalam rumah.
Itu aku patuh.
Tapi untuk membuka pintu pagar
Dan pintu rumah serta tingkap
Itu aku dah tak sanggup
Dah serik
Kalau setiap hari sabtu dan rabu kau men sembur2 asap
Harap encik pegawai kesihatan faham
[setare tutup pagor and tingkap segala pung, asap berkepul dalang rumoh, sampaui aku selsema 2 hari] -baca ikut slang teregganu key.

Perkara ke2 yang ingin diluahkan:

Biasanya selepas sembur asap, dibilas dengan semburan tanpa asap
Dan encik pegawai kesihatan akan suruh semua penghuni rumah
Masuk ke dalam rumah dan menutup pintu serta tingkap
Kerana itu sangat bahaya apabila dihidu.

Bila dalam rumah asap belum abis keluar lagi
Disuruh pulak berkurung dalam rumah
persoalan aku ialah
Encik peg. kesihatan rasa
Sapa yang mati dulu?
Manusia ker nyamuk?

Sekian terima kasih.

0 comments: