Wednesday, April 7, 2010

Just because u know my name, it doesnt mean that u know me.

Seseorang yang tak kenal aku dalam erti kata yang sebenar.
Hanya la seorang kawan pada nama.
Bukan pada maksud.
Kenal, tetapi bukan mengikut definisi perkataan itu seperti yang dijelaskan dalam kamus dewan.
Bercakap dan berhubung boleh bilang dengan jari tak termasuk jari kaki.
Dan hanya jari di satu tangan.
Maknanya skit la kan?

Dan dengan tiba-tiba setelah lama tidak berhubung.
Dia mengeluarkan satu statement yang menjurus kepada menghakimi.
Tanpa pendahuluan,permulaan ataupun berbasa basi bertanya khabar.
Terus berdas2 keluar dari mulutnya.
Begini bunyinya
"Kenapa tak nak kerja? Dah banyak duit sgt ker? Malas la tu? Tak nak usaha langsung!"

Dan jawapan aku kepada dia.
Senang.
Satu ayat berbentuk pertanyaan.
"awak kene tanggung saya ker kalo saya tak kerja?"

Bagi aku, takder guna aku menghabiskan kudrat aku
Untuk menaip mengexplen apa yang aku lalui
Kepada orang yang bagi aku, kenal atau tidak tak membawa apa2 impak.

Usaha atau tidak, hanya aku dan tuhan aku yang tahu.
Mahu atau tidak, hanya aku dan tuhan aku yang tahu.
Boleh atau tidak, hanya aku dan tuhan aku yang tahu.
Ada atau tidak, hanya aku dan tuhan aku yang tahu.
Sakit atau tidak, hanya aku dan tuhan aku yang tahu.
Menangis atau tidak, hanya aku dan tuhan aku yang tahu.
Dalam hati aku, hanya aku dan tuhan aku yang tahu.

Jadi kau sebagai orang luar yang tidak tahu apa2 pasal aku.
pasal kehidupan aku.
pasal tangis aku.
pasal sakit hati aku.
pasal kecewa aku.
pasal sengsara aku.
pasal harapan aku.
tutup kemas2 mulut kau.
sebab aku rasa, mulut kau bau petai.
dan aku tak suka.

Jangan kau rasa kau kenal aku
Kau tau aku
Hanya kerana dari pembacaan kau
Tentang perbualan aku dengan rakan-rakan aku
Jangan kau rasa kau kenal aku
Kau tau aku
Hanya kerana kau rasa kau kawan aku

Aku tidak rugi apa2 kalau aku tiada kawan macam kau.
Yang tahu menghakimi tanpa siasat letak duduk perkara sebenar.

Just because u know my name, it doesnt mean that u know me.

7 comments:

Tinta Pendeta said...

bekengnyerrr....kakut mea! he3

KaTaK said...

hahaha i lurvee thatt...that's cool...luahan hati tuhhh..

.::.PeaNuT.::. said...

uncle,
bekeng itu adalah salah satu masalah genetik. Long's gen.
apakaaaaahh???

cik fad,
dah lama simpan.
sampai masa jadi volcano.
hahahaha.
mekaaasih kerana laike..:D

chekdenoor said...

Salam.... rezeki Allah .....tiada siapa yang tahu......Insyaallah...adalah hikmahnya dapat keje lambat.....mungkin ALLAH nak kasi yang lebih hebat.

Ayahdee dulu pun lambat dapat keje....menganggur 2 tahun..... tapi lepas tu...alhamdulillah...syukur diatas nikmatnya.

Sabar aje dan teruskan berdoa.

.::.PeaNuT.::. said...

chekder.. terima kasih di atas kata2 itu. mmg buat endah tak endah jer dgn org2 cam yg di luahkan dlm entri ni.. tapi kadang2 bengang juge..ehehehe.

nway,thanks a lot.:)

Para Jamaludin said...

cuma kita yang kenal kita.
bukan orang lain.

=)

.::.PeaNuT.::. said...

setuju bangat dong!
:)