Friday, September 25, 2009

Terkadang. Terrebellious.

Dah lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu
Mungkin kerana masa yang tidak mengizinkan
Mungkin juga kerana keadaan yang tidak mengizinkan

Ramadhan sudah berlalu
Syawal pun dah nak masuk seminggu
Tetapi entri tak baru-baru

Herm

Terkadang hati kecil ini
Meronta-ronta mahu menitipkan sesuatu
Tetapi otak ini terpkir
Lantas jiwa membuat keputusan
Untuk tidak meneruskan
Pendamkan saja
Siapa peduli

Tetapi

Terkadang
Jiwa ini tidak mampu menahan
Hati ini seringkali terguris

Dan

Terkadang juga
Pemberontakan berlaku
Hasil dari pendam dan diam

Terkadang lagi
Berlaku tanpa dipaksa
Berlaku tanpa sempat otak berpkir

Terkadang
Jiwa menurut kata hati
Lantas memualkan sekeliling jasad

Tetapi
Terkadang
Terpentingkan diri
Terfokuskan jiwa
Terutamakan hati

Mungkin
Jiwa ini masih belum kuat
Hasil dari pengalaman
Sepanjang membesar

Tidak perlu dihuraikan
Juga tidak perlu diperbesarkan
Dan tidak perlu dijelaskan
Kerana pasti tiada yang memahami
Dan
Di akhirnya
Diri sendiri pasti disalahkan
Ah
Diri ini sudah lali
Hasil pengalaman sepanjang tumbesaran

Tetapi
Pelik

Tidak cukup kuat
Tidak cukup kental

Walau apa pun
Hidup perlu diteruskan

Akhir kalam.
Salam aidulfitri buat semua kenalan.
Sahabat handai.
Rakan taulan.
Saudara mara.

Till then.

no words to say
no tears to cry
no strenght to smile

2 comments:

Para Jamaludin said...

no need to say
no need to cry
no need to smile

ok?

.::.PeaNuT.::. said...

heheheh...